Picture

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

Picture
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhoi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah ........Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhoi kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
 


ROH YANG KELUAR DARI JASAD

Picture
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". 

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". 

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu
:"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". 

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. 

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". 

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya
jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". 

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku". 

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". 

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. 

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali Datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. 

Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. 

"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." 

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." 

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. AbuBakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ke tujuh tempat:- 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat. 

"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 

1. Orang-orang yang mati syahid. 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati Sekian, wassalam. 
 

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

Picture
Picture
Picture
“Katakanlah, hai Nabi, kepada isteri-isterimu, anak-anak gadismu dan isteri-isteri orang-orang beriman, Hendaklah mereka menutupkan baju kurungnya ke badan mereka (waktu keluar rumah). Yang demikian lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Ahzab : 59)

Allah telah memerintahkan kepada Nabi s.a.w agar menyuruh umatnya menutup aurat. . Sebagaimana firman Allah, para lelaki dan wanita beriman hendaklah membatasi pandangan mereka kepada lawan sejenisnya. Mereka juga hendaklah menahan pandangan yang menimbulkan syahwat. Dan caranya adalah dengan menutup aurat.

Islam menyuruh umatnya melakukan sesuatu perkara bukan tanpa sebab yang jelas. Semuanya mempunyai penjelasan. Seperti ayat Al-Quran di atas, Allah memerintahkan agar Rasulullah menyuruh isteri-isterinya dan anak-anak gadisnya untuk berpakaian sopan dan rapi agar mereka tidak diganggu orang. Ini kerana, yang biasa dan selalu diganggu di jalanan ialah wanita-wanita dan para gadis yang berpakaian minima, tidak sopan dan meransang ghairah orang yang memandangnya. Menutup aurat boleh mengelakkan mereka dari diganggu.

Apakah yang dimaksudkan dengan aurat? Aurat wanita ialah menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya kepada lelaki ajnabi (bukan muhrim). Ini bermaksud, seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangannya wajib ditutup. Tiada pengecualian dalam hal ini. Setiap wanita beriman hendaklah patuh kepada perintah Allah ini untuk menjaga kemuliaan wanita.

Di antara batasan-batasan aurat yang perlu dijaga oleh wanita seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak suaminya, anak-anaknya, anak-anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya yang laki-laki, anak-anak saudaranya yang perempuan, wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan pria yang tidak berkeinginan kepada wanita (sida-sida), anak-anak yang belum melihat aurat wanita. Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(Surah An-Nur : 31)

Seperti maksud firman di atas, Allah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga auratnya termasuklah; pertama: kaki:
“Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan”. Maksudnya di sini, para wanita dilarang memakai perhiasan di kaki yang mempunyai bunyi-bunyian seperti loceng, yang mana bila dihentakan kainya, berbunyi loceng tersebut. Kadangkala bunyi loceng di kaki boleh mendebarkan lelaki. Selain itu, kaki juga hendalah ditutup dengan stoking.

Yang kedua, sebagaimana firman Allah:
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya”, para wanita hendaklah menutup kepala dan dada mereka dengan sempurna kerana disitu terletak fitnah yang sangat besar. Ini bermakna, seluruh kepala hendaklah ditutup dan dilabuhkan hingga ke dada sepenuhnya. Nabi s.a.w juga ada bersabda : Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan rambutnya untuk mengulas rambut wanita lain, wanita yang mengulas rambutnya dengan rambut wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya dengan *tusukan dan wanita yang minta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan”. (Sahih Bukhari). Untuk menutup bahagian ini pula hendaklah dengan sempurna, dan bukan bahagian yang nipis.

Seterusnya, mata
. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya…” .Wanita-wanita juga hendaklah menjaga pandangan mata mereka dari memandang aurat lelaki dan juga benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka hendaklah sentiasa menundukkan pandangan mereka.

Terakhir, di dalam ayat ini Allah telah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga kehormatan mereka
. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya”. Kehormatan di sini bermaksud mereka hendaklah mempunyai perasaan malu, kerana malu itu sebahagian daripada iman. Mereka haruslah merasa malu untuk mendedahkan aurat mereka, seterusnya menjaga perlakuan dan mengelakkan fitnah dari mata-mata yang memandang.

Selain itu, di antara batasan-batasan aurat lain yang perlu dijaga oleh wanita termasuklah suara. Firman Allah: “ Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidaklah seperti wanita lain. Jika kamu bertaqwa, maka janganlah perkataanmu merayu sehinggamenimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (untuk berbuat jahat). Ucapkanlah perkatan yang baik (makruf)”. (Surah Al-Ahzab:32). Suara mereka tidak boleh terlalu lunak dan mencairkan hati-hati yang berniat jahat. Sebaiknya bercakap dengan suara yang perlahan, tetapi jelas dan tenang seterusnya menyenangkan hati orang yang mendengarnya.

Islam juga telah menggariskan dengan jelas garis berpakaian yang sesuai dan mengikut syarak. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti laki-laki. (Sahih Bukhari). Seorang wanita hendaklah berpakaian seperti seorang wanita selayaknya dan tidak mengikut pakaian kaum yang lain. Begitulah, setiap suruhan oleh agama Islam mendatangkan kebaikan untuk umatnya. Dengan menjaga aurat, kita dapat menjaga kehormatan diri dan memelihara daripada fitnah. Dengan memutup aurat, kita dapat mengelak siksaan api neraka yang maha dahsyat.

*tusukan di dalam hadith berkenaan bermaksud tattoo
 

AZAB MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. 

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :- 
·Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. 
·Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. 
·Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman. 

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya : 
·Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 
·Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. 
·Dia akan dirisaukan akan hilang imannya. 

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :- 
·Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. 
·Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 
·Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). 

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya : 
·Hisab ke atsanya menjadi sangat berat. 
·Allah S.W.T sangat murka kepadanya. 
·Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka. 

BUAT APA BERTUDUNG TAPI HIPOKRIT

PERMASALAHAN

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...



JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya


Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas. 

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.



2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِمنكَانَتَافيهكَتَبَهُاللهشَاكِرًاصَابِرًاوَمَنْلمتَكُونَافيهلميَكْتُبْهُاللهشَاكِرًاولاصَابِرًامننَظَرَفيدِينِهِإلىمنهوفَوْقَهُفَاقْتَدَىبِهِونظرفيدُنْيَاهُإلىمنهودُونَهُفَحَمِدَاللَّهَعلىمافَضَّلَهُبِهِعليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)



3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.



4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.